Menampilkan lebih daripada 10 alat jualan dan perkhidmatan serta fungsi-fungsi baharu, OMNI AG yang dipertingkatkan adalah PEMBANTU PERIBADI bagi menyokong perkembangan perniagaan insurans ejen-ejen dengan Generali - supaya mereka ada lebih banyak masa untuk keluarga, rakan dan yang paling penting, diri mereka sendiri.
Kami komited dalam memberi khidmat kepada pelanggan dan menyokong pengedar kami. Setiap hari kami bekerjasama demi membawa kami lebih hampir dengan cita-cita kami menjadi Rakan Sepanjang Hayat kepada ejen dan pelanggan kami, sekaligus memenuhi Tujuan syarikat kami, untuk membolehkan orang ramai membentuk masa depan yang lebih selamat dengan melindungi kehidupan dan impian mereka.