Perihal Generali

Perlindungan merupakan teras perniagaan kami.

Sebagai salah satu peneraju global dalam industri insurans, kami komited untuk mendorong orang ramai membentuk masa depan yang lebih selamat dan lebih mampan dengan melindungi kehidupan dan impian mereka. Selama lebih 190 tahun, kami telah menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai oleh pelanggan kami, dengan menawarkan penyelesaian perlindungan yang menyeluruh bagi individu dan perniagaan.

Daripada perniagaan kepada keluarga dan mobiliti kepada kesihatan, kami komited untuk membawakan nilai sebenar kepada kehidupan anda, membantu anda mencapai matlamat hidup bersama-sama dengan orang yang anda sayangi. Ketahui lebih lanjut tentang kami.

Generali Insurance Malaysia Berhad

Generali Group adalah salah satu penyedia insurans global terbesar dengan sejarah lebih 190 tahun. Generali Group bertapak di Malaysia sejak 2015 apabila ia memperoleh 49% pegangan saham dalam Multi-Purpose Insurans Berhad - anak syarikat insurans P&C Multi-Purpose Capital Holdings untuk mewujudkan MPI Generali. Pada 2022, Generali memperoleh pemilikan penuh MPI Generali dan membeli majoriti pengawalan dalam AXA Affin General and Life Insurance di Malaysia.

Pada 2023, Generali Group membuka lembaran pembangunan baharu dengan melancarkan jenama tunggal; Generali Malaysia - salah satu Penginsurans Am dan syarikat insurans hayat terbesar di Malaysia yang disokong oleh lebih 1,600 pekerja, rangkaian pengedaran luas lebih 9,000 ejen dan rakan kongsi serta 49 cawangan.

Dengan skala, skop dan kepakaran yang diperluas, Generali berazam untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai, dan penginsurans yang berdaya maju demi melindungi keperluan warga Malaysia dan generasi masa hadapan.

GENERALI MALAYSIA

> 1,600

PEKERJA KOMITED UNTUK
MELINDUNGI ANDA

> 9,000

EJEN, BROKER, FRANCAIS &
RAKAN BANK SELURUH NEGARA

≈ 2 JUTA PELANGGAN

PELANGGAN YANG MEMPERCAYAI
KAMI UNTUK MEMPERKASAKAN
KEHIDUPAN DAN IMPIAN MEREKA.

GENERALI

74,621

PEKERJA SELURUH DUNIA

173,000

EJEN SELURUH DUNIA

67 JUTA

PELANGGAN DISELURUH
DUNIA

Generali Meraikan Ulang Tahun ke-190!

Generali ditubuhkan pada tahun 1831. Ia mengharungi tiga abad dalam dunia yang kian moden dan kini berbangga menjadi antara syarikat yang berjaya bertapak sudah 190 tahun di dunia ini.

TONGGAK PENCAPAIAN

1831

Generali ditubuhkan di Trieste, pelabuhan utama Empayar Habsburg.

1882

Anak syarikat antarabangsa pertama, Erste Allegmeine, ditubuhkan di Vienna.

1924

Lapan ibu pejabat luar negara; lebih daripada 60 cawangan dan agensi di 30 negara; 16 syarikat rakan kongsi dan anak syarikat. Generali kini berada di empat benua.

1970-an & 80-an

Menubuhkan cawangan Hong Kong pada tahun 1975.

2000-an

Pengembangan bermula di pasaran Asia. Pada tahun 2005, syarikat melancarkan pelan pencen yang memecah rekod, merangkumi 390,000 pesara CNPC di China.

2015

Generali Asia memasuki Malaysia setelah melengkapkan Perjanjian Jual Beli bagi Multi-Purpose Insurans Bhd (MPIB).

MPIB menukar namanya kepada MPI Generali.

2021

Generali menyambut ulang tahunnya yang ke-190.

2022

Generali memperoleh pemilikan penuh ke atas usaha sama MPI Generali dan membeli majoriti pengawalan usaha sama AXA Affin General dan Insurans Hayat di Malaysia

2023

Generali Group membuka lembaran pembangunan baharu dengan melancarkan satu jenama yang bergabung; Generali Malaysia - salah satu Penginsurans Am terbesar dan syarikat insurans hayat baru muncul di Malaysia.