Masih banyak peluang yang belum kami terokai untuk mengeratkan hubungan kami dengan 57 juta pelanggan Generali di seluruh dunia. Untuk memanfaatkan peluang ini, kami perlu membuat anjakan yang besar daripada peranan Penjual Produk kepada Penyedia Penyelesaian Bersepadu. Kami perlu menerapkan Pemudahan & Inovasi dengan Empati & Keprihatinan merentasi seluruh perjalanan pelanggan dalam semua titik dan saluran interaksi kami. Perkara ini memerlukan kami membina hubungan dengan pelanggan, menghasilkan cadangan yang khusus secara konsisten untuk memberikan pengalaman yang menggembirakan kepada mereka, selain bertindak secara lebih proaktif dalam interaksi kami. Hasilnya, persepsi pelanggan akan bertukar daripada ‘Saya perlukan insurans’ kepada ‘Saya mahukan insurans’.
Setiap daripada kami mempunyai peranan aktif dalam mengotakan janji Rakan Sepanjang Hayat. Perkara ini memerlukan perubahan dalam cara kami bekerja, sama ada secara individu mahupun secara bersama merangkumi seluruh fungsi.
Untuk menjelaskan maksud transformasi Rakan Sepanjang Hayat dengan tepat dalam kehidupan seharian kami serta cara kami perlu berubah, satu set ringkas 4 tingkah laku telah dibentuk bersama-sama dengan ratusan rakan sekerja pada tahun lepas.
Tingkah laku kami menerangkan cara kami ingin melakukan sesuatu perkara dan melengkapkan tugasan harian kami. Cara inilah yang membezakan kami daripada yang lain. Ini merupakan komitmen kami, sebagai sebuah komuniti dan sebagai individu.
Mengamalkan tingkah laku ini dalam setiap perkara yang kami lakukan setiap hari tanpa mengira tahap atau kedudukan kami dalam organisasi adalah kunci bagi membentuk masa depan kami sebagai Rakan Sepanjang Hayat kepada pelanggan kami serta bagi membina tempat yang terbaik untuk bekerja dalam industri kami. Ini merupakan kaedah yang ingin kami gunakan dalam mengukur pencapaian kami.
Tingkah Laku Rakan Sepanjang Hayat adalah untuk kita semua,pengurus tenaga kerja juga bertanggungjawab untuk mempromosikan dan melaksanakan tingkah laku tersebut melalui Prinsip GEM.